Fuh, berjaya juga jumpa balik blog ni.
Last update 2013,
seingatnya gatal tangan masa tu privatekan penjejak blog ni.
Lepas tu lupa password..
[clap hand and your shoulder sis]
Terkesan sebenarnya dengan beberapa orang yang dikenali yang masih menggunakan penulisan blog sebagai medan berkongsi.
Alhamdulillah.
Nak cuba hidupkan semula .:HIDUP INI:.
moga ada amal yang kecil ini yang jadi bekal istiqamah mengenal Illah..
260118
Friday, January 26, 2018
Tuesday, March 12, 2013
.:ok ok sahaja ya:.
Jiwa merusuh dari malam tadi. Jenuh dibelai dan di'neutral'kan agar akhlak islami yang diterapi sebelum ini tidak melampaui batas bahkan tidak melanggar syariat..Di saat kita mengimpikan yang indah dan segar-segar sahaja, ia dihalangi pula dengan agenda-agenda saat akhir yang bikin sesat lalu lintas mata saya.. Di saat hujan lebat awal malam tadi, si adik-adik sibuk menghebahkan doa buat saya. Salah satu waktu mustajab doa hujahnya.. ya, doa senjata orang mukmin. Doa juga bisa meningkatkan usaha kita bahkan mendekatkan kita pada Ilahi.
Alhamdulillah, saat-saat merusuh ini juga, banyak petunjuk Dia kurniakan pada saya yang bikin saya kembali segera berwudhu dan memuhasabah diri dari pelbagai aspek..
Dikongsikan post 'efbii' teman yang kira menarik untuk meneutralkan jiwa-jiwa yang resah.. Allahualam
Untukmu yang masih dalam kesendirian.
Jangan pernah merasa "sendiri" karena sesungguhnya ALLAH selalu bersamamu.
DIA sedang mempersiapkan seseorang yang benar-benar tepat untukmu.
DIA sedang mengurusi persiapanmu dalam menunggumu itu.
Jika dirimu semakin baik maka pastilah akan dikirim-NYA juga seseorang yang baik untukmu, begitupun sebaliknya.
Karena sesungguhnya kaulah yang sedang mengukir pasanganmu itu dalam dirimu.
Jika semakin baik dan indah ukiranmu itu dalam dirimu maka akan semakin baik pula hasil yang akan kau dapatkan kelak.
Ingatlah, mungkin saat ini pun ada banyak yang seperti dirimu dalam kesendirian dan mengisi kesendiriannya dengan terus memperbaiki diri, memantaskan diri sepertimu.
Dan bisa jadi salah satu diantaranya "dia" yang telah ALLAH persiapkan untukmu.
Jangan pernah berhenti meskipun kesendirian itu kadang melelahkanmu.
Jangan pernah mencoba mengisinya dengan seorang teman yang belum halal untukmu meskipun kadang kau gelisah dan jenuh tanpa teman berbagi.
Ingatlah...
Semakin dekat juga ALLAH menuntun hatimu kepada pasangan tulang rusukmu.
Bersabarlah dalam ikhtiarmu, karena janji-NYA adalah sebuah kepastiannya.
.:bosan?:.
Alhamdulillah, memperoleh ruang dan ide untuk menaip.
Hanya ingin menulis beberapa perkara.
yang mungkin lebih bermanfaat suatu masa nanti..
Pernah tak merasa bosan dengan apa yang kita lalui sehari-harian?
perkara yang kita lakukan tiap hari bahkan saban waktu yang dirasakan agak 'permanent' pada tiap waktu itu? perkara yang barangkali elok dan barangkali juga tidak elok.
Apa yang menjadi kerisauan saya mutakhir ini ialah saya merasakan kehidupan saya tiada peningkatan. saya bekerja, makan, solat, bermuayasyah bahkan berusrah!
Aish.. perkataan terakhir itu!!
Jika pernah berjaya membaca buku 'Golongan Yang Tercicir', as-syeikh Fathi Yakan ada menyenaraikan asbab keciciran daripada jalan daie ini adalah disebabkan diri kita sendiri! sepatah kata APG, 'breakfast' [berhenti cepat = futur]!!
Manakan rasa boleh jadi sedemikian andai kita sering memeriksa mutabaah kita agar kita tidak sering jatuh terduduk bila membaca tafsiran surah as-saff ayat 4.. Walaupun kita selalu saja ber'usrah, berDF, berprogram, bertaarufan dan pelbagai lagi ber-ber yang kita boleh senaraikan.. Kita bahkan makin perlu untuk meningkatkan amalan kendiri dan ruhiyy kita. istighfar kita, qiam kita, riadah kita.. usahlah terpedaya dengan comfort zone anda. Tolonglah bergaul dan berrapat-rapatan dengan ahli yang rajin menegur silap dan kurang kita. Silalah mengurangkan bicara-bicara lagha dan mendengar hiburan-hiburan yang tidak membina peribadi sejati.. Perbanyakkan peringatan untuk diri dan rakan serta membaca bahan-bahan ukhrawi di dunia ini..
Bahkan lebih dari itu, tilawah Qurani kita juga kan?
***Checklist : Ego tak kita ya untuk mengakui kekurangan amalan kita?
~got 30 minute before office hour end~

Friday, March 1, 2013
.:Berserah Diri:.
Bergembiralah!
wahai orang-orang yang berserah diri hanya kepada ALLAH!!
~~Assalamualaikum~~
Pandanglah segalanya dari Tuhanmu.
Masakan DIA tidak tahu akan
sakitnya hatimu,
lemahnya jiwamu..
DIA Maha Mengetahui.
DIA tahu segala-galanya,
Dan DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.
Cukuplah ALLAH sebagai penolong dan pelindungku.
Walau apa pun terjadi,
Kebergantunganku hanya padaMu ya Allah.
Kau rahmatilah kami semua
Kau tautkanlah hati-hati kami di bawah panji-panjiMu..
Amin.. :)
*puisi spontan ukhtifillah kalau pertemuan malam kian ke penghujung. Inspirasi daripada tadabbur surah fussilat ayat 33 itu. Moga Dia redha..

Monday, February 4, 2013
.:Sejarah Belog Ini:.
Bismillahirrahmannirrahim...
Cuba tengok sejarah penubuhan Inche Gabbana dengan sejarah penubuhan belog saya ini.
Yeay, sebaya.
.
.
.
Tetapi kemaintainan penulisan inche gabbana sudah mencecah beza beribu-ribu meter dari penulisan saya. Niat asal penulisan untuk mengkoreksi diri juga banyak masanya kurang berjaya diterangkan di sini.
Arakian kisahnya, laptop yang digunakan dan dibeli ketika masa di UKM dulu telah sukar mengenalpasti sistem saluran internet berhampirannya. Ditambah pula kesukaran untuk menekan butang hurufnya disebabkan kejadian-kejadian tidak selamat selama ia didalam penjagaan saya sebelum ini.
Hendak dihantar ke kedai, terasa nipisnya masa dan nilaian wang yang ada pada saya sekarang.
Dengan memandangkan keutamaan yang lebih utama, saya menahan dahulu penghantaran laptop tersebut buat seketika waktu.
Kini saya mendapat kerja sementara [kontrak 3 bulan] di unit perkhidmatan, bahagian sumber manusia, UPSI sehingga bulan Mac ini.
Di manakah saya selepas bulan tersebut?
Allahualam. Allah lebih mengetahui.
Kenapa saya mahu bertahan di sini?
Allah lebih memahami.
Ops, DIA sedang memanggil untuk seruan ke-dua.
[tak sempat pula nak coret kisah hampa dengan naqibah hari ini.-.-]
In syaa Allah akan cuba cari masa untuk mencoret lagi di lain kali.
Sekian.
Assalamualaikum...
[pray first! JOM!!]
cop, tajuk entri sebenarnya nak relate kan dengan planning ini sejarah kita pada hujung bulan ini..tapi lain pula isi kongsiannya.. Allahu Allah..
nanti update barulah.huhu

Sunday, February 3, 2013
.:SPI:.
Saidina Ali ada mengatakan:
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"
by then, kita kenalah menyusun gerak kerja kita.
that's all for today. cause post entry di office.
[masih pusing-pusing dengan pengenalan Sistem Pentadbiran Ikram. semalam baru dibriefing selama setengah hari untuk isu ini sahaja..mantop2]
Friday, January 25, 2013
.:Nikmat hari ini:.
.:Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, yg Maha Penyayang:.
2013
.
.
.
urm, dah hari ke-26 dalam 2013.
MasyaAllah, Dia masih memberi saya nikmat masa, ruang, iman dan Islam!
Straight-tarbiyah!!!
Sangat banyak nak dikongsi sebenarnya..
Nikmat bertahun baru dalam kesibukan diskusi ummat, berhujung-hujung minit untuk kepalai daurah + katibah, berseorangan menerima tarbiyah 'real and direct' dariNya. Sungguh bagai disuakan cokelat paling enak dalam pasaran bila peroleh peluang jaulah syuyukh ziarah tempat jatuhkenal tarbiyah ini. Disibukkan juga dengan pelancaran IKRAMSISWA, pertemuan semula jiwa-jiwa pekerja ilahi yang semakin membiak di tempat masing. Bahkan pulang terus mengurus riadah alam untuk esok harinya..
Pernah saya impikan semua ini?
Bahkan tak terjangkau impian dan pengetahuan saya apa yang diaturkanNya..
Walau ada minit yang saya melemah,
Walau ada saat saya sunyi merebah diri,
Dia masih teguh mendakap hati saya sekuat-kuatnya..
Dan hari ini,
Bersaksi taubat dan izzah yang disedut dari SH,
DIA mudahkan urusan saya mendekati adik2 kecik ini,
DIA lancarkan lidah dan minda saya menghadam senggang minit terdesak untuk menyampaikan nikmat dan betapa indah serinya Islam yang sebenar,
DIA lembutkan hati-hati kami menerima segala kebenaran sebagai kebenaran,
DIA dekatkan hati-hati kami mengakui kelemahan diri dan kelebihan Pencipta Ilahi..
Andai hari ini hari terakhir saya bernafas,
Sesungguhnya kalianlah yang saya sangat-sangat sayangi
Bahkan teringin sekali berjiran di syurga nanti.
Moga Allah teguhkan hati dan jadikan kita sebagai khalifah yang memenangkan agamaNya.

Monday, December 31, 2012
.:Permulaan setelah pengakhiran:.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
Alhamdulillah, setelah 2 purnama laman sepi ini terbiar sunyi, pada waktu ini dan hari ini, Allah mudahkan dan lorongkan hatiku untuk mengemaskini entri-entri untuk bacaan semula kelak..
Usai detik 12.00 am 01/01/03, kawasan kejiranan bahkan di setiap bandar mendengar dentam dentum bunga api membuka mukadimah datangnya hari baru dalam tahun yang baru.
Saat itu dan kini, saya merasa sangat bertuah dan bersyukur kerana setelah beberapa tahun, DIA masih meletakkan saya untuk berada di kalangan pemening-pemening 'akhirat di dunia' di saat rakan dan saudara-mara lain teruja untuk berada di keriuhan-keriuhan yang menyesakkan hati dan mata. Subhanallah, suatu perasaan aneh yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Bahkan, refleksi sepanjang tahun 2012 ini, walau tidak banyak tertera di laman sepi ini, moga banyak saham yang terkumpul di buku catatan saya di SANA.. mungkin ada sedikit catatan yang boleh saya kongsikan bersama beberapa peristiwa-peristiwa besar sepanjang tahun ini :-
Januari
- yeay, berjaya memperoleh lesen D!
bahkan pemanduan atas jalan raya pertama = jaulah Johor - Perak
Mac
- berkenalan bahkan berakraban dengan lebih-lebih lagi bersama ahli syurga pimpinan bahagia di kediaman ini..
Jun
- jatuh bangun menyiapkan kerja-kerja perakaunan yang banyak tidak relevan dan tidak menenangkan iman.. [era kestressan]
- notis 3 hari keluar hostel kerana pemilik bertukar geran.
- Allahu Allah, Dia lorongkan kemudahan untuk tinggal bersama ahli rumah islah.
Julai
- Ramadan kareem..
Ogos
- Aidilfiti dirai meriah sekali di Johor dengan ihsan mulia doktor seberang menggunakan keretanya.
September
- merempuh masa-masa sibuk bersama ahli bait saban malam dan kemingguan
Oktober
- selamat tinggal dunia pejabat yang tidakmausayakenangbanyakbanyak
Disember
- insiden 3 Dis T_T
- setiap hari sangat diisi dengan program dan latihan berkumpulan
- perpindahan akhawat supporter ke daerah masing-masing dengan kisah masing-masing
- alhamdulillah, dunia kerjaya baru [moga Allah redha]
Allahualam...

Monday, October 1, 2012
.:tandus:.
separuh hati ini telah mati
menerima amanah-amanah pelik
menghadap tohmahan-tohmahan sinis
juga tengkingan menakutkan..
separuh hati ini telah pergi
membawa luka yang semakin dalam
membawa parut yang tak pernah terubat..
separuh hati yang tinggal
optimis inginku kejar
memacu sisa jalan yang masih panjang
merentas sempadan ilmu ketuhanan..
menerima amanah-amanah pelik
menghadap tohmahan-tohmahan sinis
juga tengkingan menakutkan..
separuh hati ini telah pergi
membawa luka yang semakin dalam
membawa parut yang tak pernah terubat..
separuh hati yang tinggal
optimis inginku kejar
memacu sisa jalan yang masih panjang
merentas sempadan ilmu ketuhanan..
Wednesday, August 1, 2012
.:H.A.T.I:.

Alhamdulillah
Ingin melepaskan lelah sebentar di ruang sepi ni.
Sekejap
Sekejap
Sebentar sahaja.
Lelah sudah bertahan di pejabat ini
Lelah menjawap tomahan galasan yang lain
Lelah meletakkan besi di belakangan
Lelah menarik otot pipi ke telinga
Lelah rasa menahan rasa sendirian tiada sentuhan
sedang adik itu dan itu kian menagih empati
Murabbi cinta ka,
Di jalan dakwah aku menikah ka,
Petunjuk jalan ka,
Bukankah semua bicara itu
saqafah itu tentang cinta
yang asal pangkalnya H.A.T.I?
Ya rabb,
tuhan yang membolak balikkan hatiku,
tsabatkan aku dengan agamaMu,
dalam mentaatinya..
*** Ramadhan baru hari ke-13
Thursday, June 28, 2012
.::Pengalaman::.
Mr.C : u datang sini interview budak under u nie
Mr.C : dia LCCI
Me : ok.
''Sami'na wa atha'na"..
chat ym di atas adalah arahan serta merta boss ana pagi tadi.
lalu pergilah ana ke HQ untuk bertemu dengan 'budak under u' tersebut.
bertanya kami pelbagai sudut berkaitan kerjaya dan latar belakang.
diselit-selit juga pertanyaan mengenai usrah yang mungkin dia tahu memandangkn tempat belajarnya dahulu agak 'well-known islamic'.
tapi
ana tak boleh nak ingat untuk jawapan soalan yang satu ini. kepoyoan kah?
Me : Apakah isu semasa mengenai perakaunan yang saudari tahu?
She : [dengan yakin]
ok, sekarang kan banyak demonstrasi, jadi huru hara semua, boleh jejaskan negara..bla..bla..bla..
Me : ???

Thursday, June 14, 2012
.:sekejap:.
kejar masa untuk saat-saat akhir submit akaun utk audit & tax..
time ni juga la pindah ofis, aircond xada, pc ada virus..
yeay,
bye
Tuesday, May 29, 2012
.:Minggu ini:.
Thursday, May 24, 2012
.:sebentar:.
Menarik nafas sebentar di sini
merefleks semula diri serta jatinya minggu ini..
susunan aktiviti dan kesannya agak berbeza minggu ini.
si Bee konvo.
meriah..
bersemangat..

Apakah nilai yang dibawa oleh seorang pemuda dengan anugerah-anugerah yang dikecapnya sehingga dia menjadi seorang dia pada hari ini?
Apakah tanggungjawab yang digalas apabila pihak pengajian mengiktiraf seorang pemuda dengan anugerah dekan yang digambarkan di atas kertas hitam putih dan pingat warna emas itu?
Apakah kemeriahan-kemeriahan bergambar itu pengakhiran mujahadah mentelaah pengajian beserta gelutan tugasan dan pembentangan?
Apakah hadiah terbaik perlu aku hulurkan untuk pemuda yang berjaya tersebut?
~bersyukurlah dengan bilangan konvo pengajian yang tidak mempengaruhi konvo pentarbiyahan~
InsyaAllah >_<
[targeted incoming post : MABIT RI ;) ]

Friday, May 11, 2012
.:Mei ku yang sangat...:.
4 Mei - kemasukan amaun bulanan beserta potongan yang tidak munasabah berlaku.
5 Mei - berprogram muhasabah diri dan pengurusan
8 Mei - cukai jalan motor tamat tempoh
10 mei - 'sitting happy' menakutkan diri diuji oleh kata-kata
11 Mei - bapak polisi mengeluarkan surat cinta mohon sponsor wang
Waaahh....
[siapakah mau tumpahkan bahunya untuk saya??? T_T]

Thursday, April 5, 2012
.:pemilik tulang rusuk:.

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.
-sharing from iluvislam.com -
Wednesday, April 4, 2012
.:MAJLIS:.
Kad
Moga Allah pelihara hati dan memudahkan urusan sahabatku dan pasangannya. semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke syurga. amiin..
Tuesday, April 3, 2012
.:Tangis yang terhela:.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
Alhamdulillah, lewat malam tadi kami dipermudahkan untuk bertemu sekali lagi. Bertemu dalam pertemuan yang dijanjikan naungan malaikat pencatat amal-amal kebaikan, diganjarkan pahala andai niat lurus kernaNya.
Alhamdulillah juga, kerna taujih murabbiah itu saya 'terhantuk' sekali lagi.. menyelusuri fikrah-fikrah Islami, hadaf-hadaf yang sepatutnya tertonjol pada setiap insan yang yakin dengan jalan ini!
Sendu
sedih
...
Ya Allah, lamanya telahku bazirkan waktu-waktu ku di sini...
[sesungguhnya telah ku zalimi diriki dengan begitu banyak sekali T_T]
T.e.t.a.p.i
lembut murabbiah itu memujukku,
meyakinkan kembali bahawa Dia tahu itu yang lebih baik
untuk berlama-lama ku di tingkatan ini..
kerna itulah dugaannya
itulah mujahadahnya
itulah dia..
memetik kata-kata dari seorang sahabat di laman muka bukunya...

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
... MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

Wednesday, February 22, 2012
.:Lekanya Aku:.

Aku ibarat pelangi petang ditelan senja
Malapnya aku tiada bermakna...
Tapi aku terus mencari baki bahagia yang tercicir dikala suka
Supaya tidak ku sunyi diwaktu duka...
Aku terus bertanya
Dimana?? dimana???
Dimana sisa cinta aku
Cinta aku pada dia yang kuasa
Cinta peneman di saat senang dan susah
Baru kusedar cinta tu sudah lama pergi
Aku leka dalam mengejar cinta dunia
Sehingga aku lupa pada pencipta
Lupa pada cinta hakiki
Ya Allah lekakah aku Ya Allah
Adakah peluang utk ku lagi ya pencipta
Peluang utk aku kutip sisa bahagia
Aku terlalu rindu akan bisikan-Mu
Bisikan kebenaran dalam setiap saat kehidupan
Menarik..
Rasa diri dalam kisah ini
Rasa resah kerana
baru hubungi rakan lillah
tadi..
T_T
Rasa diri dalam kisah ini
Rasa resah kerana
baru hubungi rakan lillah
tadi..
T_T
Monday, February 20, 2012
.:Siapakah:.
Subscribe to:
Posts (Atom)