Lewat pengisian rohani saya pada hari minggu lalu, saya dihidangkan dengan sedikit penerangan yang diharap dapat membuahkan amal dan dirimbunkan dengan pahala yang ghaib. Ibu itu menerangkan bagaimana qalbi yang merangkumi jantung, minda, aqal dan roh kita sendiri boleh menjadi raja yang menguasai diri. Qalbi yang menjadi raja penguasa diri sementara anggota lain menjadi askar-askar pembawa kata hati. Jika sakit ia, sakitlah seluruh anggota dan sebaliknya. Bagaimana jika ia dibiarkan sakit tanpa dirawat, boleh mati dan merosakkan sistem-sistem lain dalam diri yang masih mahu hidup dan menikmati saki baki hayat yang ada. Maksud hadith;
Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal daging, bila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim)
Ibu itu juga berharap dengan sangat agar qalbi ini dirawat, diservis bila ia mula menunjukkan sindrom lemah daya tahan melawan nafsu. Qalbi yang tidak diservis akan berwarna hitam yang melambangkan kematian, kelesuan, yang tidak cantik dipandang dan menjadi magnet kepada segala penyakit lain. Selalulah bersama-sama orang-orang yang benar, beristighfar dan berlapang dada. Rebutlah peluang menghadiri majlis-majlis ilmu selagi ada kesempatan. Ketika masih belajar inilah, masih tiada komitmen yang pelbagai, masih dihidangkan di depan mata secara percuma, ketika masih ada yang masih mahu mengejar dan mengajak setiap minggu. Kita perlu mengambilnya sebelum ia pergi. Kerana berapa ramai yang hilang tujuan tika panggilan kerjaya tidak dipupuk dahulu dengan panggilan agama, tika lambaian kesenangan gagal dididik dengan lambaian Ilahi. Andai dibuat kajian, tentu sahaja semua tangan akan mengangkat mengakui mahukan syurga yang abadi, yang penuh nikmat di dalamnya. Namun, betapa ramai juga terpedaya dengan syurga dunia. Kerana itu, ayong selalu memesan agar mujahadah sehabis ada. Bacalah kalamNya, beribadahlah, hargailah nikmat dan masa yang ada dengan seoptimanya.. mustapa manshur dalam perkongsiannya dalam bekalan di jalan dakwah, tips untuk kekal di jalan ini ialah dengan iman yang mantap dan sering bersama orang atau sahabat yang benar.. wallahualam. moga tidak dibolak balikkan qalbi ini.
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu dari menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun kepadaMu untuk sesuatu yang tidak kami ketahui..
2 comments:
salam..thank u ukhtie..
for da nice entry
sekadar perkongsian dari pengisian yg saya pernah ikuti. =)
ukhti bila lagi nak share ilmu di dada?
Post a Comment